Ayuh Berani Bermimpi dan Realisasikan Impian Anda

Ayuh Berani Bermimpi dan Realisasikan Impian Anda

Pernahkah anda bermimpi yang best-best? Jadi orang kaya,kereta besar, rumah besar, pergi bercuti keluar negara… best kan? Pasti ia menjadi impian ramai orang… tetapi berapa ramai yang sanggup bekerja keras untuk mencapainya? Tiada istilah duduk diam jadi senang lenang, tetapi perlu usaha dan keluar dari zon selesa baru lah impian menjadi realiti. Tahun 2016 semakin hampir, bagaimana dengan impian anda?

hidup berani meraih mimpi

Shaklee Membawa Impian Menjadi Realiti

Baru-baru ini, Master Shaklee yang dah lama sebagai ahli Shaklee ada bertanya di wall facebooknya.. Kemanakah destinasi Percutian Shaklee tahun hadapan?sama ada New Zeland atau Switzerland?ramai yang respon inginkan pergi ke Switzerland.. sebab ramai yang impi-impikan ke sana.

read more

5 Tanda-tanda Bayi Anda Memperolehi Susu Ibu Yang Cukup

5 Tanda-tanda Bayi Anda Memperolehi Susu Ibu Yang Cukup

Cukupkah Susu Ibu Ini Wahai Bayi Comelku?

Kerap menjadi persoalan dan kerisauan buat ibu-ibu sama ada ibu baru atau lama, kenyangkah bayi aku ini? Cukupkah susu ibu yang diminumnya? Apa tanda-tanda yang bayi terima cukup susu ibu? Bagi ibu lama yang berpengalaman, mungkin kurang kadar kerisauannya..tetapi bagi yang kali pertama menjadi ibu, sudah tentu persoalan-persoalan ini perlukan penyelesaian. Dengan objektif utama untuk berjaya dengan penyusuan, di sini saya kongsikan tanda-tanda bayi anda memperolehi susu ibu yang cukup

Tanda 1: Hisapan Bayi Yang Cukup Susu Ibu

Kita boleh melihat dan mendengar bayi menelan susu badan kita. Jika terlihat bayi berhenti sebentar, selepas setiap hisapan dan proses ini berulang selepas beberapa minit, Ini bermaksud yang bayi anda telah mendapat susu ibu yang cukup.

read more

Memori 2014: Ziarah Umrah-Istanbul 5 Bintang Tajaan Shaklee

Memori 2014: Ziarah Umrah-Istanbul 5 Bintang Tajaan Shaklee

Hari ini 26 Disember 2015, genap setahun berlalu saya dan suami memperolehi tiket percuma tajaan Shaklee untuk menunaikan umrah dan ziarah ke kota Istabul, Turki. Pada asalnya nak menulis mengenai pengalaman di Turki ini setahun yang lalu..tapi tak kesampaian.. Alhamdulillah hari ini berpeluang berkongsi cerita mengenai lawatan ke Kota Istanbul. Terima kasih Shaklee Malaysia kerana memberi peluang kepada kami berdua yang berada di Skudai Johor ini untuk mengikuti trip 5 bintang ini.

Sebelum Ziarah ke Istanbul Tajaan Shaklee

Orang kata nak seribu daya, taknak seribu dalih… Tapi itulah saya..kalau saya nak sesuatu insyaAllah kita doa dan usahkan. Alhamdulillah terpilih juga menunaikan umrah dan ziarah Istanbul secara percuma. Saya katakan ia bukan mudah bagi ahli Shaklee seperti saya untuk berjaya mendapat 2 tiket…Alhamdulillah ia menjadi realiti di bawah keloloaan Shaklee.. Alang-alang buat..buat Shaklee sampai betul-betul berjaya.

read more

8 Peranan Suami Ketika Isteri Hamil Yang Ramai Suami Tak Tahu

8 Peranan Suami Ketika Isteri Hamil Yang Ramai Suami Tak Tahu

Sebut pasal hamil atau mengandung, selain isteri yang excited.. Si suami lagila super excited. Apa entah lagi kalau kelahiran yang pertama. Tapi kadar keterujaan si suami akan berkurangan bila masuk anak seterusnya. Tak percaya, cubalah sendiriJ.. Kat sini, saya nak kongsikan 8 peranan suami yang wajib suami lakukan ketika isteri sedang hamil. Ia berdasarkan pembacaan dan pengalaman sendiri. Moga perkongsian ini membuka mata si suami agar lebih prihatin terhadap yang tersayang.

ibu hamil Shaklee

Peranan Suami 1: Jangan menonton TV terlalu lama

Orang lelaki ni, kalau di rumah seolah-olah raja. Katanya penat bekerja, jadi masa berehat hanya di depan TV,walhal isteri tu pun bekerja juga..dahla hamil bawa budak. Kalau siaran TV ada perlawanan bola Liga Perdana lah..EPL la..memang diorang ni kerja duduk depan TV je..ada lagi tu..sanggup duduk mamak malam-malam dengan kawan-kawan nak tonton bola..Ingat-ingatla bang oii.. awak tu nak jadi bapa.. tengok-tengokla kami ni yang ada pembawakan.

read more

Cabaran 100 Hari Menulis Blog Shaklee

Cabaran 100 Hari Menulis Blog Shaklee

Sahut cabaran 100 Hari Menulis Blog shaklee

Alhamdulillah..hari ini baru hari ketiga saya sertai cabaran ini. Bukan mudah nak sahut cabaran ini, tetapi insyaAllah saya akan usahkan. Untuk pengetahuan semua, cabaran ini dibuat oleh organisasi Ahli Shaklee di bawah Master saya dan ramai juga yang sahut cabaran ini. Ia bukan setakat untuk ahli Shaklee yang lama tetapi ia juga untuk yang baru. Mana yang takde blog lagi pun akan dibimbing untuk memiliki dan membuat blog.

Cabaran 100 hari

Kenapa cabaran 100 hari ini di buat?

Cabaran ini memang memerlukan komitmen yang sangat-sangat besar. Ye lah..memang tak mudah menulis selama 100 hari..ala-ala buat karangan bahasa melayu dan idea menulis seharusnya sentiasa ada dan tentulah bertujuan untuk sentiasa berkongsi maklumat dengan pembaca.

read more