Cara Terima Duit Mobile Transfer Maybank2u Guna Handphone Sahaja

Cara Terima Duit Mobile Transfer Maybank2u Guna Handphone Sahaja

Pakai Handphone Sahaja Boleh Terima Duit dari Mobile Transfer Maybank2u

Pernahkah kawan-kawan tiba-tiba terima sms yang orang nak masuk duit guna Mobile Transfer Maybank2u? Tiba-tiba dapat Txn ID dan kemudian dapat pula nombor PIN untuk terima duit? Mungkin kebanyakan orang dah tahu, tapi inilah pengalaman pertama saya terima bayaran Shaklee menggunakan Mobile Transfer Maybank2u Apps.

Apa itu Mobile Transfer Maybank2u?

Mobile Transfer Maybank2u adalah cara kita terima duit hanya menggunakan handphone. Semuanya hanya menggunakan Maybank2u Apps. Ini bermakna, kita boleh juga boleh hantar dan terima duit hanya menggunakan handphone. Best kan? Memudahkan lagi keadaan untuk terima dan hantar duit hanya menggunakan handphone. Oh ye, saya difahamkan, duit mesti diambil (di pindahkan ke akaun maybank kita) dalam tempoh 24 jam. Yang penting kena ada Tx ID dan Nombor PIN. Jadi mudahlah saya nak terima bayaran pembelian produk Shaklee atau orang yang nak mendaftar ahli Shaklee kan?

Langkah-langkah Menerima Duit Mobile Transfer Maybank2u

Ok, kat sini saya kongsikan langkah-langkah terima duit sahaja ye. Kalau nak hantar (Transfer) duit, saya kongsikan video Maybank aje di bawah nanti

Langkah 1: Sudah pasti, anda memerlukan Anda perlu memuat turun dari Play Store

Muat turun Mobile transfer maybank2u

Muat turun Mobile transfer maybank2u Apps

Langkah 2: Login aplikasi Maybank2u apps

Aplikasi Maybank2u Apps

Aplikasi Maybank2u Apps

Langkah 3: Pergi ke bahagian Transfer pilih ‘Mobile Transfer’ dan kemudian pilih ‘Receive Mobile Transfer’

Mobile Transfer Maybank2u

Mobile Transfer Maybank2u

Langkah 4: Pastikan anda terima sms mengenai Tx ID dari Maybank dan menerima juga No PIN yang dihantar oleh penghantar duit. Masukkan kedua-dua nombor keselamatan ini ke dalam langkah 4 ini.

Langkah 4 Masukkan Nombor keselamatan mobile transfer

Langkah 4 Masukkan Nombor keselamatan mobile transfer

Langkah 5: Masukkan nombor akaun Maybank anda untuk terima duit

Masukkan nombor akaun penerima mobile transfer

Masukkan nombor akaun penerima mobile transfer

Langkah 6: Sahkan nombor akaun anda betul atau tidak. Boleh juga menukar kepada nombor akaun Maybank yang lain

Penerimaan duit mobile transfer disahkan

Penerimaan duit mobile transfer disahkan

Langkah 7: Successful. Anda disahkan menerima duit dan duit telah dimasukkan ke akaun anda.

Duit Berjaya diterima menerusi mobile transfer maybank2u apps

Duit Berjaya diterima menerusi mobile transfer maybank2u apps

Selain daripada menerima duit, anda juga boleh menghantar duit menggunakan mobile transfer seperti diterangkan di dalam video ini

 

Memang mudah rupanya guna Mobile Transfer Maybank2u. pengalaman pertama menerima pembelian produk Shaklee dari Maybank2u Apps ni terus saya kongsikan di ummimamabiz.com ini. Jom kita explore Apps ini pakai handphone aje..

Rokiah 8 Januari 2016

Comments

  1. boleh dikembangkan untuk ahli bisnes 🙂
    Sync recently posted…Download Nota Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

  2. saya juga pakai applikasi ini,
    sangat membantu.

  3. baru nak usha :

    Agak menyusahkan bilamana customer xde apps maybank2u nk terima duit, terpaksa depa termenung kjap nape duit x muncul2 kt acc maybank huhuhu

  4. Yg kta nk transfer duit ke akaun org len pilih nama kat contact list shja ker? Pastu amount tu terus masuk akaun depa? Minta maaf sya confius. Boleh terangkan?

  5. Kalau kita tak collect money sebelum expired date, duit akan ditolak juga ke?

    • tak… sebab tu ada expired date..tapi agak leceh… bila orang lain transfer kat kita..kita kena download apps dan key in..baru duit tu masuk dalam akaun kita

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge