Cara Semak Kedudukan Keyword Anda di Google

Cara Semak Kedudukan Keyword Anda di Google

Assalammualaikum dan selamat pagi..pagi-pagi jumaat ni tergerak hati nak kongsi tips dan trik mengenai cara semak kedudukan keyword di google. Ramai yang dah tahu dan masih ramai yang tak tahu. Bagi peniaga seperti ummimamabiz, ia merupakan perkara yang sangat penting untuk disemak supaya kita tahu dimana kedudukan kita berada di dunia online..

Di dunia blog dan website, keyword search di google adalah sangat penting bagi memudahkan orang lain mencari blog kita. Jika berada di page pertama di google lagilah sangat mudah untuk orang mencari. Ia juga adalah hampir sama dengan memperolehi pengiklanan percuma di google…Ya lah..siapa taknak iklan percuma kan? Terutama peniaga Shaklee seperti saya.

Untuk menyemak keyword, terdapat 2 cara iaitu menggunakan whatsmyserp.com dan incignito chrome mode. Saya share kan langkah-langkah seperti berikut:

A) WHATSMYSERP

1.Pergi ke website http://www.whatsmyserp.com/
2.Click SERP Keyword Checker dan anda akan di bawa ke link http://www.whatsmyserp.com/serpcheck.php
3.Kemudian masukkan domain name dan pilih enjin pencarian google, kalau di Malaysia pilih www.google.com.my

serp checker ahli shaklee
4.Kemudian masukkan keyword yang berkaitan dengan website anda. Sebagai contoh, saya cuba cari keyword Keahlian Shaklee Percuma, Ahli Shaklee Skudai dan Ahli Shaklee. Keyword ini mendapat ranking di dalam google.

keyword search ahli shaklee percuma
5.Kemudian tekan butang refresh (butang hijau di dalam bulatan merah)
6. Tadaa… Keluarlah kedudukan ranking anda di google. Kalau keyword Keahlian Shaklee Percuma kini berada di ranking nombor 34. Setiap Page Google hanya diperuntukkan 10 website. Ini bermakna, keyword Keahlian Shaklee Percuma ini berada di Page nombor 4. Wow..kira ok la, sebab baru betul-betul serius berblog dalam tempoh masa 2 bulan. Best kan bila blog kita ada di enjin pencarian google..lagi best kalau berada di page pertama

B) INCIGNITO MODE

1.Cara ini agak susah sikit, sebab kita tak berapa tahu kedudukan blog kita di dalam google. Kena semak satu persatu. Di dalam Chrome, login ke new incignito window disebelah atas kanan chrome (seperti gambarajah). Step by step lain boleh juga rujuk di computerhope.

incignito chrome
2.Kemudian akan keluar gambar seterusnya. Incignito mode ini adalah private mode, dimana kita boleh browsing internet privately tanpa simpan apa-apa data dan maklumat dalam PC. Selain itu boleh la check kedudukan keyword anda.

dah masuk incignito mode
3.Seterusnya, taip google.com.my dan mulakan pencarian keyword anda.  Cari setiap page yang ada berkaitan blog atau website anda.
4. Keyword “keahlian shaklee percuma” berada di rank 36, Alhamdulillah..kena usaha lebih lagi lepas ni.

keyword keahlian shaklee percuma

Kesimpulan mengenai Cara Semak Kedudukan Keyword

Moga tips-tips ini memberi manfaat kepada anda semua. Untuk menulis, elemen SEO (Search Engine Optimization) juga amatlah penting untuk membolehkan blog kita berada di dalam enjin pencarian google. Terima kasih kepada sifu tuan Eizil dan Firdaus Azizi yang menurunkan ilmu berkaitan SEO ini. Nak berjaya bukan mudah, tetapi bila dah dapat ilmu kenalah amalkan. Antara pesanan tok guru saya ini, menulis kenalah datang dari hati, bukan sekadar keyword, sebab yang nak datang ke blog kita bukan robot tetapi manusia. Semoga bermanfaat

Rokiah Abdul Hamid

Senior Coordinator
013-7089305 Shaklee Independent Distributor
email: rokiahaizal@gmail.com
FB Page : UmmimamaBiz

Comments

  1. Tq kak for sharing

  2. tips menarik & sgt berguna..terima kasih 🙂
    Cik G recently posted…Giveaway Saya Nak Vitamin Shaklee RM500My Profile

  3. Terima kasih kak rokiah. Ilmu yang sangat baru dan berharga untuk saya…

  4. Wah… terbaiklah tips ni. Baru hari ni tahu. Tapi kan.. ada tak cara untuk kaji keyword SEO yang ramai orang cari?
    Ammar recently posted…Cara Membezakan Blog Lelaki dan Blog WanitaMy Profile

  5. Tq kak for sharing..ilmu baru..hihihi ilike
    Isma recently posted…Tips Asas Menjayakan Penyusuan Susu IbuMy Profile

  6. Saya selalu guna incignito mode je..
    Hairul Azni recently posted…3 Peringkat Ujian Bagi Menjawat Jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik M41My Profile

  7. bila AA tgk page Rokiah baru AA ingat,Rokiah dulu rajin buat FB ads,kna.Padanlah maca kenal aje ummimamabiz ni.thax for BW ke blog AA.AA masih dalma proses belajar lagi.
    Aishah Ahmad recently posted…Blog yang AA sukaMy Profile

  8. sangat berguna info dalam entry ni. Sy share ke page sy ummi

  9. tips yang bagus..lagi-lagi untuk orang bisnes
    ainun recently posted…Ziarah KematianMy Profile

  10. Tahniah ummi…

    Bukan senang nak berada di first page. tapi tak mustahil kalau kita gunakan keywords yang betul..
    Raudzah recently posted…Cara Senang Mengenal Hati ManusiaMy Profile

  11. terbaik lah kak… thanks kongsi ilmu…
    Manan Qayyim recently posted…Minum Air Sebelum Makan, Bantu Menurunkan Berat BadanMy Profile

  12. Info best nie! Thank you for sharing! 🙂
    arnie recently posted…Kenapa Kami Suka Meal Shakes ShakleeMy Profile

  13. salam. tq for sharing:).
    ilmu baru utk org macam saya yg baru nak belajar blogging:)

  14. Beberapa tahun dahulu rajin masuk contest SEO. Seronok uji kemahiran disamping menimba pengalaman.
    akubiomed recently posted…Jana pendapatan dari rumah dengan World of HijabMy Profile

  15. tips yang menarik sekali untuk dicoba, terima kasih sudah berbagi ilmu yang bermanfaat 🙂
    yandi recently posted…Cara Mengecek BacklinkMy Profile

  16. Bagus tips ni. Akan digunakan untuk masa akan datang
    azimah mohd zainuddin recently posted…ESP kudapan terbaik wanita hamilMy Profile

  17. kalau nak cepat dapat trafik dan kekal dapat trafik maka keyword SEO aadalah jawapan..namun kalau nak perlahan tetapi berterusan tinggalkan backlink semasa blogwalking..paling bagus ke blog-blog wordpress!
    Hero Borneo recently posted…7 Jenis Mimpi Yang Mesti DiketahuiMy Profile

  18. oo..macam tu yea..kena banyak praktis lagi saya ni untuk naikkan blog..terima kasih rokiah untuk perkongsian ini
    tutyrahiza recently posted…Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan CepatMy Profile

  19. wahh… nk cek juga la.. hihi.. tq sharing ye
    Mommy Putri recently posted…Tutorial bayar zakat pendapatanMy Profile

  20. hebat betul..macam mana ya nak bagi masuk 1st page?

  21. Salam…dah lama saya gunakan kaedah ini untuk mencari kedudukan entri kita . Selalunya saya gunakan untuk contest SEO.
    sensasi2020 recently posted…Segmen Cash RM500 2015 by Aku PenghiburMy Profile

  22. Lama dah guna teknik ini ketika nak check contest SEO yang kita sertai.
    Top SEO Friendly recently posted…Cara Guna Meta Tag SEO FriendlyMy Profile

  23. senang la kan nak tahu post pakai keyword mana bagi rangking naik dekat google

  24. Info menarik dari ummi…boleh tahu kedudukan keyword kita.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge