Cabaran 100 Hari Menulis Blog Shaklee

Cabaran 100 Hari Menulis Blog Shaklee

Sahut cabaran 100 Hari Menulis Blog shaklee

Alhamdulillah..hari ini baru hari ketiga saya sertai cabaran ini. Bukan mudah nak sahut cabaran ini, tetapi insyaAllah saya akan usahkan. Untuk pengetahuan semua, cabaran ini dibuat oleh organisasi Ahli Shaklee di bawah Master saya dan ramai juga yang sahut cabaran ini. Ia bukan setakat untuk ahli Shaklee yang lama tetapi ia juga untuk yang baru. Mana yang takde blog lagi pun akan dibimbing untuk memiliki dan membuat blog.

Cabaran 100 hari

Kenapa cabaran 100 hari ini di buat?

Cabaran ini memang memerlukan komitmen yang sangat-sangat besar. Ye lah..memang tak mudah menulis selama 100 hari..ala-ala buat karangan bahasa melayu dan idea menulis seharusnya sentiasa ada dan tentulah bertujuan untuk sentiasa berkongsi maklumat dengan pembaca.

Cabaran ini dibuat adalah kerana:

  • Untuk belajar menulis blog dengan komitmen setiap hari.
  • Mengamalkan ilmu membuat dan menulis blog yang pernah dipelajari. Kalau tak buat macamni..bersawang la blog hehe
  • Bagi ahli Shaklee yang baru..boleh menuntut ilmu dengan kami dan insyaAllah boleh member komitmen menulis blog
  • Mencabar diri untuk member komitmen dan mencari ilmu yang baru melalui pembacaan di blog yang lain. Bila dah nak posting artikel baru, sudah tentulah kena update ilmu baru
  • Menjadikan diri sendiri sebagai ahli Shaklee yang berilmu.
  • Berkongsi info dan maklumat bersama pembaca. Apa-apa maklumat dan info yang bermanfaat akan dapat disampaikan kepada pembaca dan seterusnya dapat membantu mereka dari segi kesihatan dan pelbagai lagi masalah
  • Dapat mempromosikan Shaklee sebagai produk kesihatan yang terbaik
  • Bagi meneruskan komitmen menulis blog secara konsisten setiap hari. Dahulu kala pernahlah mengemaskini blog setiap hari walau terpaksa. Artikel yang pernah ditulis beberapa tahun yang lalu terutamanya lawatan ke Guangzhou Part 1, part 2, part 3 dan panduan membuat rayuan haji berada di Page Utama Google. Tak mustahil, apa yang kita tulis dapat member panduan kepada pembaca juga
  • menulis apa sahaja aktiviti harian dan apa yang kita suka dan bukan sekadar Shaklee

Kesimpulan Cabaran

Jadi, jom menulis blog. Cabaran saya sambut dengan menulis artikel ini. InsyaAllah doakan saya diberikan kekuatan dan komitmen untuk terus menulis dengan mencabar diri sendiri. Mana-mana ahli Shaklee lama (di bawah empayar D.A.R.E To Succeed) dan yang berminat nak jadi ahli Shaklee untuk join cabaran ini, boleh terus hubungi saya ye. Dimana ada kemahuan insyaAllah akan ada jalan

impian wujud untuk direalisasikan

Rokiah 18.12.15
013.7089.305

Comments

  1. Yeah! 100 days yang penuh cabaran! Dan kemanisannya jauh lebih manis akan dirasai. Stay tune???
    Ira recently posted…Bahaya Diabetes Sehingga Mampu MembunuhMy Profile

  2. fuh 100 hari ni memang mencabar betul
    Raihanah Ahmad recently posted…Tudung Sekolah Awning Lembut TerhangatMy Profile

  3. Wow! Sangat inspired. Bukan semua orang boleh lakukannya. Terbaikk…

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge