Blackout!!! Langkah Selamatkan Stok EBM

Blackout!!! Langkah Selamatkan Stok EBM

Salam sayang Mommies semua. Hari ni saya nak kongsi dengan anda semua langkah2  yang perlu diambil terhadap penyimpanan stok susu ibu ketika blackout/bekalan elektrik terputus. Terima kasih kepada mylittleyaya atas perkongsian beliau ini.
—————————————————————–


Dearest mama semua…apa nak buat kalau kata tiba-tiba takada elektrik…takkan nak tgk dan biarkan saja stok2 ebm yg ada cair begitu sahaja dan kemudian dibuang (oh tidak…rezeki baby tu)…Untuk ebm yg dalam freezer boleh tahan dlm 1-2 jam tanpa elektrik dan selagi ada butiran seakan kristal itu ebm kita masih selamat dan boleh digunakan tetapi kalau dah cair sepenuhnya mmg perlu dihabiskan dalam 24 jam ya dan tak boleh dibekukan semula.

Tapi kalau dibuatnya elektrik tak ada sampai berjam-jam macam mana pula ya?

Jangan risau dan jangan panik ya mama semua…di sini saya kongsikan kaedah yg mama boleh guna sebagai troubleshoot ya…Terima Kasih pada Puan Farah (Sarakids) yang sudi berkongsi kaedah ini…saya pelajari kaedah ini sewaktu mengikuti bengkel penyusuan kendalian Puan Farah dan Puan Suraya…[saya sangat2 sarankan pada mama-mama terutama 1st time mother utk ikuti bengkel penyusuan sebagai persediaan awal utk menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif]


Berikut adalah kaedah “TroubleShoot” jika tiba2 tak ada elektrik di rumah:


Langkah 1:
Kumpulkan semua stok susu di dalam beg plastik (kalau banyak, bahagikan kepada beberapa beg plastik)


Langkah 2:
Kumpulkan plastik-plastik tersebut dan sediakan ketulan ais utk diletakkan dalam bekas kedap udara/cool box (sebaik2nya cool box yg berkualiti)


Langkah 3:
Letakkan sedikit ketulan ais di dalam bekas kedap udara/cool box


Langkah 4:
Letakkan plastik berisi stok EBM/susu perahan tadi ke atas ketulan ais yg telah diletakkan dalam bekas kedap udara/cool box

– letak sedikit garam (utk melambatkan proses pencairan melampau- turunkan suhu)


Langkah 5:
Selang selikan ais dan stok ebm dan penuhkan stok dlm bekas

dan akhir sekali letak ais di bahagian atas sekali sebelum tutup bekas…



Taadaaaa Stok2 EBM anda telah pun selamat daripada terus cair 🙂 Nanti bila elektrik dah ada semula bolehlah masukkan kembali stok2 EBM ke dalam freezer 🙂



**Cara ini juga anda boleh gunapakai jika anda nak bawa stok ebm utk travel…cthnya jika nk balik kg yg perjalanannya sampai 6-8 jam ke…bolehla letak dlm cool box 🙂 jadi tak perlu risau ebm anda cair…


Semoga sedikit sebanyak perkongsian hari ini dapat memberi panduan untuk anda….Penyusuan secara eksklusif mmg menuntut keabaran yg tinggi…kuatkan semangat anda dan jgn mudah putus asa..setiap dugaan yg berlaku pasti ada hikmah dan pasti ada jalan penyelesaiannya 🙂

  
UmmiMamaBiz [ Rokiah Haizal ]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 867860]
HP/WhatsApp [ 013-7089 305 ]
rokiahaizal@gmail.com

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge