Betul ke susah nak buat jualan dalam Instagram

Betul ke susah nak buat jualan dalam Instagram

Sebanarnya tidak susah untuk berniaga di dalam media social ni, asalkan anda memperolehi ilmu. Kadang-kadang tak perlu membuat kesilapan dengan mencuba trial dan error, tetapi melalui ilmu..masa dapat dipendekkan. Di dalam blog ini, saya pernah memperkenalkan teknik manipulasi instagram. Ramai yang dah Berjaya buat duit dengan instagram. Tahun ini, muncul pula teknik yang lebih advanced dipanggil revolusi manipulasi instagram 2016, yang memperkenalkan teknik jualan instagram.

Secara ringkas, mari kita lihat teknik asas untuk buat jualan di instagram

5 faktor yang patut anda ambil berat jika nak buat jualan di Instagram

1 : Pemilihan produk di instagram

Anda kena tahu, kebanyakkan pengguna instagram ni muda remaja. Jadi anggaran umur mereka juga lingkungan bawah 35 tahun. Mungkin bawah 30. Kedudukan kewangan pun ala kadar. Jadi kalau letak produk mahal, atau produk-produk untuk orang berusia memang slow jika di Instagram. Letak ubat kuat yang baca budak2 nak buat apa weh..

2 : Gambar di Instagram

Cuba ubah gambar-gambar yang kita post tu. Supaya nampak unik lain dari yang lain. Tak lah asyik gambar ala2 katalog produk je. Dalam Instagram, kebanyakkan pengguna suka masuk Instagram sbb mereka suka tengok gambar2 unik. Bukan nak tengok katalog barang. Jadi, jika gambar produk anda ada kelainan, besar kemungkinan ramai orang suka, ramai orang suka, lagi tinggi potensi orang nak beli. Dalam Instagram gambar jadi penambat hati mereka seperti contoh gambar di bawah

buat duit dengan revolusi manipulasi instagram 2016 1

Buat duit dengan revolusi manipulasi instagram 2016

3 : Ayat jualan di instagram

Sama macam point diatas, dalam Instagram orang bukan nak tengok katalog barang, jadi cuba lah elakkan terlalu hard selling. Dalam erti kata lain, ayat jangan lah asyik nak menjual je. Sesetengah mereka masuk Instagram sbb nak lari dari FB yang ramai sangat orang dok menjual tau. Jadi ubah ayat ke arah cuba perkenalkan produk dengan lebih unik.

4 : Penggunaan #tags.di instagram

Tak dinafikan, ada juga yang suka shopping dalam Instagram ni, dan mereka cari barang berdasarkan #tags. Jadi, anda kena tahu lah apa yang mereka biasa cari, nak tahu bagaimana? letakkan situasi diri anda seperti mereka, jika nka cari produk, apa yang anda cari. Contoh, jika saya nka cari barang bayi, saya akan taip barangbayi, bukan sayajualbarangbayi. Tak ramai yang tahu#sayajual tu. #sayajual tu famous di kalangan peniaga je. Lagi satu, tak payah lah letak #tags yang tak berkaitan, buat semak post je weh. Kau jual jersi bola, lepas tu konon-konon kau nak tarik follower Wak Doyok letaklah#akuyangpakaikauyangpanas.#Ummimamabiz #shakleeskudai #Shakleejohor #buatduitdenganinstagram Silap-silap hari bulan orang ingat jersi yang kau jual tu jenis kain panas, terus tak ada orang beli. Dan silap-silap hari bukan, follower mereka block Instagram kau sebab panas tengok asyik nak menjual je. Jadi, sila fahami situasi bakal pelanggan anda dan juga pengguna Instagram yang lain.

5 : Followers di instagram

Okay, ni paling penting, siapa follower anda tu yang mainkan peranan utama untuk anda lariskan jualan dalam Instagram. Follower yang ramai tak semesti bagus. Bagus untuk naikkan kepercayaan dam kredibiliti, tapi untuk convert ke jualan belum tentu. Cuba bayangkan follower anda anda 150,000 orang, dan anda jual shawl, tudung, baju kurung, TAPI, follower anda semuanya budak sekolah, lelaki, umur lingkungan 15-18 tahun. Buat apa? Jadi, yang penting adalah TARGETED FOLLOWER.

Nak belajar lebih lanjut tentang 4 elemen penting ni? Nak buat Duit dengan instagram?

– Gambar
– Ayat jualan
– Penggunaan hashtag
– targeted Foloowers

Boleh baca lanjut disini

>> REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM 2016<<

>> REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM 2016<<

>> REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM 2016<<

dvd revolusi manipulasi instagram 2016

DVD revolusi manipulasi instagram 2016

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge