Bermain Buih Sabun Besar (Giant Bubble) dan Resepinya

Bermain Buih Sabun Besar (Giant Bubble) dan Resepinya

Eksperimen sains giant bubble

Semalam adalah hari bersama anak-anak…hasil eksperimen sains ummi…so dapatlah mereka bermain Giant Bubble ..walaupun tak giant sangat. Tak susah sangat pun nak buat Giant bubble dengan kos yang murah sangat-sangat

Tengoklah gambar-gambar berikut… Seronok sangat mereka.. Walaupun sebenarnya, abah mereka yang excited terlebih-lebih hehe.. Anyway so much fun we have yesterday. Dah macam tukang cuci lantai pun ada…ye lah..sebab bubuh sabun dalam baldi dan alatan semua pun macam mob lantai hehe..

Asfa dengan Giant bubble

Asfa dengan Giant bubble

Aishah dengan Giant bubble

Aishah dengan Giant bubble

Giant Bubble lovers

Giant Bubble lovers

Resipi Giant Bubble

Tak susah pun nak buat..cuma perlukan bahan-bahan seperti di dalam gambar. Resepi berikut pun abah mereka ambil dari internet dan cuba-cuba aje:

1 botol Pencuci Pinggan Joy- 250ml (Kos dalam RM4.50)
1.5 liter air
4 sudu besar tepung ubi (Harga dalam Rm1.50)..walaupun ummi guna yang balance2 sebelumni

Lepastu ..masukkan semua dan kacau perlahan-lahan.Jangan kacau kuat-kuat, nanti buih banyak yang timbul.. Lepastu biarkanlah dalam 1 jam..dan dah boleh main. Nak lagi bagus, biarkan semalaman..

Ummi ada juga cuba pencuci pinggan Shaklee, tapi namppak gayanya tak berapa nak jadi, sebab pencuci pinggan dish wash shaklee merupakan pencuci pinggan yang kuat dalam mencuci pinggan tapi tak berapa bagus untuk buat buih yang banyak

Cecair cuci pinggan joy 250ml

Cecair cuci pinggan joy 250ml

tepung ubi kayu

tepung ubi kayu

 

Nak buat wand?

Wand tu apa? Entahlah..ummi baca kat internet aje..atleast something yang segitiga, bulat,lonjong, segiempat yang boleh dicelup dalam sabun untuk dijadikan giant bubble. Lagi besar wand..lagi besarlah Bubblenya..

Ummi hanya menggunakan dawai dan batang paip aje…
Just buat dawai dalam bentuk bulatan dan selotapekan dekat hujung batang paip… Dan dah siap…jadi macam mop lantai tapi ada bulatan di hujung

So …bolehlah Aishah dan Asfa..celup dan Bubble..sambil nyanyi lagu “Let it go…Let it go…” maka buih pun berterbangan … Ala ala princess… Yang syok..Abah mereka juga main sama 🙂 …ok sekian aktiviti bersama anak2 harini.. At least dapat bergembira dengan anak-anak..sebab mereka adalah “priceless”..

Jom beraktiviti!

Comments

  1. Nurulainazmi :

    Besttt nieee ♥♥♥♥

  2. mantep
    adesutisna recently posted…Download Apk Game Dungeon Quest TerbaruMy Profile

  3. wow besarnya balonnn sabunnnnn

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge