Bayi Tak Nak Menyusu Badan Secara Langsung

Bayi Tak Nak Menyusu Badan Secara Langsung

Ada sebahagian ibu2 yang menyusu badan, mempunyai masalah anak kurang menyusu dan tak nak menyusu badan.
Jadi saya ingin berkongsi Tips dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu-ibu.

 

Contoh situasi baby tidak mahu menyusu badan adalah:-

  •   Bayi baru lahir; masih belajar bagaimana nak menyusu
  •   Bayi yang sebelum ini telah cerai susu tapi siibu ingin breastfeed lagi
  •   Bayi yang memang tidak mahu menyusui badan walaupun telah dipegang pada posisi menyusu
  •   Bayi yang mempunyai masalah ‘nipple confusion’ (keliru dengan puting botol dan puting payu dara)
  •   Bayi ‘fussy nurser'(bayi yang cerewet dalam menyusu)
  •   Bayi sedang ‘nursing strike’ (tiba-tiba tidak mahu menyusu)


Jangan risau ya ibu-ibu, jika anda mengalami masalah ini, perkara ini boleh diselesaikan cuma memerlukan masa dan kesabaran.


Sebelum saya mula dengan tips-tips ini, terdapat perkara2 yang sangat penting yang perlu dipatuhi iaitu:-


1)
Perkara terpenting ialah untuk bertenang. kalo dua2 ibu dan anak pon dok mengamuk sorg taknak nyusu, sorg plak dok paksa, keadaan akan menjadi tegang dan menghasilkan stress. Kalo agak kita dah stress, tinggalkan dulu bayi tu. bagilah kat ayah dia ke, atau pon letak dulu. Sebagai manusia, stress mungkin membuatkan kita hilang pertimbangan dan kesabaran

2) Semasa dia mengamuk dan menangis, cuba tarik perhatiannya dengan ape2 bunyi. Mungkin pelik atau lucu, seperti praktikkan bunyi panggil ayam untuk menarik perhatian. Cubalah nyanyi ke zikir ke kuat2, buat cam Ahmad Albab ke…^_^

3) Pastikan anda terus mengepam untuk memastikan penghasilan susu ibu tidak berkurang.
Minum air kosong secukupnya dan amalkan pemakanan yg seimbang dan pastikan badan kita mendapat 24 jenis vitamin n mineral secukupnya setiap hari.

Sekiranya anda tidak mampu menyediakan cukup vitamin, pemakanan tambahan/supplement/vitamin semulajadi sangat membantu untuk kesihatan ibu dan anak.

TIPS-TIPS MEMUJUK BABY UNTUK MENYUSU SECARA DIRECT (SECARA LANGSUNG)

 

Matlamat anda adalah untuk memujuk bayi ke payudara. Jangan cuba untuk memaksa bayi anda untuk menyusu lansung dari payudara kerana ini tidak berfungsi, membuat bayi stress, dan boleh meyebabkan kebencian kepada payudara.

 

1) Pakai baju yang mudah akses pada payudara. Bayi mungkin akan menjadi tidak sabar biar pun beberapa minit sahaja siibu menyelak baju dan membuka klip bra menyusu. Jika boleh luangkan masa di tempat dimana ibu dan bayi tidak memakai baju dari pinggang keatas. Pastikan suhu bilik adalah sesuai ya.

2) Banyakkan sentuhan kulit ke kulit kerana ini boleh membantu dalam penyusuan bayi dengan lebih baik. Pastikan bayi dekat dengan anda, seberapa banyak yang boleh. Ini akan memberinya banyak peluang untuk menyusu (walaupun anda tidak berjaya). Ini sesuai dibuat apabila bayi menyusu dengan cara disuap atau botol, dan hendak tidur. Biarkan bayi terus tidur dalam sentuhan kulit ke kulit pada dada ibu. Ini membuatkan bayi tidur dan bangun dengan gembira. 


Cuba tangkap isyarat kelaparan yang terawal. Jika bayi bergerak ke arah payudara dan kemudian tertidur sebelum menghisap puting, atau selepas menghisap dua kali, maka ini adalah langkah-langkah bayi yang positif.

3)  Cuba berikan/tawarkan payudara sekerap mungkin (setiap 30 minit). Juga cuba menyusukan bayi di tempat kegemarannya, dalam kedudukan kegemaran bayi, ketika sedang mandi, ketika berjalan di sekeliling, sambil berbaring, dengan kedudukan bayi tegak, bayi baring rata di belakangnya, semasa bayi tidur, atau pada masa bayi nak bangun dari tidur, pada bayi masa kelihatan seolah-olah dia mungkin berminat atau apa-apa cara lain yang boleh anda fikirkan; pada bila-bila masa, di mana jua.

4)  Elakkan memberi tekanan pada bayi untuk breastfeed. Tawarlah dengan cara yang sangat kasual dan berpura-pura anda tidak keberatan jika dia enggan (ya, ia lebih mudah berkata2 daripada dilakukan, tetapi cuba jangan tunjukkan sebarang kekecewaan). 
Antara kaedah yang boleh dipraktiskan ialah offer/tawarkan nipple sebelum baby lapar 
Jangan pegang belakang kepala bayi atau menolak atau tahan bayi ke payudara.
Jika bayi menarik diri dari payudara, jangan cuba untuk membuat bayi kembali ke payudara pada masa itu – cuba lagi kemudian.  
Jika bayi seolah-olah kecewa dengan payudara anda, jangan beri tekanan padanya. Banyakkan sentuhan kulit-kulit khasnya dikawasan payudara. (Tanpa tawaran untuk menyusu ok). Biar bayi merasai pelukan pada kawasan payudara tanpa bayi perlu menyusu. 

 

5)  Cuba pelbagaikan cara untuk menyusukannya. Contohnya, cuba berikan susu anda kepadanya sambil berbuai. Sambil2 tu jalan2, tepuk2 bayi anda. Sling atau wrap boleh membantu. Boleh cuba menggunakan baby sling untuk membuat bayi sentiasa dekat pada anda biar apa anda buat. 

6) Tidur berhampiran dengan bayi anda. Kalau boleh tidur sekatil. Jika baby tidur di katil sendiri, letakkan katil disebelah anda. Ini boleh membuatkan anda mengesan isyarat kelaparan dengan cepat.

7) Gunakan sistem ganjaran awal. Cuba urut atau pam payudara agar anda capai ‘reflux let down’ dimana susu keluar dengan banyak dan laju, dan barulah beri pada bayi untuk menyusu. Ini adalah kerana ada bayi tidak sabar menghisap payudara sehingga ibu mencapai ‘reflux let down’. Jika bayi berjaya menyusu dengan cara ini tetapi berhenti apabila susuibu keluar dengan perlahan, cuba lajukan penggeluaran susuibu dengan mengurut payu dara semasa bayi menyusu.
 
8) Pastikan bahawa masalah fizikal tidak penyebab bayi untuk menentang breastfeed secara direct. Cuba periksa beberapa perkara seperti berikut :- 
>> Adakah kecederaan kelahiran atau keadaan lain yang menjadikan kedudukan untuk menyusu menyakitkan.  
>> Adakah bayi yang mempunyai masalah dengan pernafasan semasa menyusu atau semasa menyelaras menghisap dan menelan?  
>> Adakah bayi mempunyai refluks teruk yang membuat makanan menyakitkan?   
>> Adakah bayi mempunyai sakit tekak semasa menyedut?Dan lain-lain lagi

9) Bagi ibu yang baru nak melatih bayi minum melalui botol, biar org lain yang bagi. Mintak tolong suami ke.. mak ke.. asalkan bukan anda yang bagi. Jadi, dengan kita bayi hanya akan dapat original nipple, bukan puting plastik. Guna botol hanya apabila perlu, bila di rumah pengasuh contohnya.Penggunaan botol yang terlalu kerap boleh buatkan bayi lebih sukakan botol berbanding ibu.  

10) Bagi direct feeding apabila breast dh nak let down..timing waktu baby nak menyusu, then dekat2 dengan waktu menyusu dia, pam utk stimulate kan breast, rasa2 dh nak letdown, terus bagi kpd baby..so x der la baby tu tertunggu2 nak dpt susu..sbb dia dh biasa dgn botol yg TAK perlu kerja keras tu dapatkan susu yg laju.

11) Dan yang paling utama, doa tawakkal dan sabar. Bukan senang nak bagi yang terbaik buat bayi kita, pasti ade cabaran dan dugaan.sentiasa dekatkan diri denganNYA..kerana cara ini dapat menenangkan diri kita di saat sifat panas baran dan hilang kesabaran sedang menguasai diri dengan ujian dari yang Maha Esa.

  • Inilah antara cara-cara memujuk bayi untuk kembali menyusu secara direct. Memang bukan senang dan memerlukan banyak kesabaran. 
  • Ini jugalah antara sebab kenapa ramai ibu mengambil keputusan untuk menjadi exclusively pumping mum..
  • Memang ramai yang telah berjaya, bahkan ada yang hingga mencapai 2 tahun.. 
  • Cuba untuk berjaya sebagai EP mum ini, usaha berlipat-lipat ganda perlu di terapkan.   Bagi ibu-ibu diluar sana yang masih ingin baby menyusu secara direct, bolehlah cuba tips-tips ini ya.. 
  • Tapi jangan lupa…………………………
Jangan paksa baby tapi pujuk bayi untuk menyusu…



credit

Happy breastfeeding semua….
Ingin kenali dan mencuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya,

___________________________________________ 
 
UmmiMamaBiz [ Rokiah Haizal ]  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 867860] 
HP/WhatsApp [ 013-7089 305 ]  
Email : rokiahaizal@gmail.com

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge