AWAS! RSI Menyerang Pengguna Komputer Tegar

AWAS! RSI Menyerang Pengguna Komputer Tegar

Penggunaan komputer dalam jangka masa yang lama boleh mengakibatkan kecederaan pada rangka otot. Penyakit yang berkaitan dengan gangguan rangka otot dikenal sebagai kecederaan rangka otot (musculoskeletal disorders, MSD) atau cedera regang berulangan (repetitive strain injury, RSI).

RSI atau MSD ialah gangguan terhadap otot, saraf, tendon, ligamen dan sendi. Banyak kajian saintifik yang telah dijalankan di negara membangun membuktikan bahawa prevalen MSD meningkat disebabkan oleh penggunaan komputer dalam tempoh yang lama dengan postur kedudukan yang tidak betul. Penyakit yang dikaitkan dengan MSD ialah tendonitis, Sindrom Terowong Karpus (Carpal Tunnel Syndrom, CTS) dan sakit belakang.

Mereka yang berisiko menghidapi RSI :

  • menggunakan komputer melebihi 2 jam sehari
  • obes atau berlebihan berat badan
  • menghidap diabetes
  • atau menghidap artritis
  • mengamalkan postur duduk yang tidak betul
  • duduk untuk satu tempoh yang panjang
  • merokok

SIMPTOM / GEJALA

(a) Kebas pada tangan dan jari, terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini menjadi lebih teruk terutamanya ketika memandu, memegang objek seperti telefon atau surat khabar dan bangun daripada tidur.

(b) Sakit pada sendi pergelangan tangan hingga lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

(c) Lemah pada tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang terlepas dan jatuh

Sekiranya tidak dirawat pada peringkat awal, keadaan ini boleh menyebabkan sakit menjadi teruk pada bahagian tangan sehingga memerlukan pembedahan.

                                                                                                                              credit

 (d) rasa sakit pada pergelangan tangan terutama ketika bangun pagi
 (e) kebas @ semut-semut
 (f) rasa berat atau lenguh
 (g) menggigil
 (h) sukar membuka atau menggenggam tangan

80 % daripada kita tidak menyedari diri diserang RSI kerana simptomnya tidak ketara.

credit
 
Antara Vitamin Shaklee yang membantu menjaga sistem saraf+sendi dan aliran darah dalam tubuh adalah
Ostematrix, B complex, AJHT dan Alfalfa.
Apa2pun ia bergantung pada budjet dan kemahuan anda..
Saya akan bantu anda dan mencadangkan vitamin yang sesuai mengikut budjet anda.
Boleh hubungi saya jika berminat.

 Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan terlebih dahulu.
______________________

UmmiMamaBiz [ Rokiah Haizal ] 

Shaklee Independent Distributor [ID No : 867860]

HP/WhatsApp [ 013-7089 305 ] 

rokiahaizal@gmail.com


Speak Your Mind

*

CommentLuv badge