Apabila Langit Runtuh Air Mata Berguguran

Apabila Langit Runtuh Air Mata Berguguran

Lemah semangat

Pernahkah anda mengalami sindrom “lemah semangat”?
terasa “jatuh terduduk”, downhearted atau rasa terbuang dan disisihkan.
Seolah-olah dirasakan dunia ini sudah tidak ada ruang lagi untuk anda. Semua orang memandang rendah terhadap diri anda dan tiada tenaga lagi untuk melawan.

Sebagai seorang insan, kita tidak dapat lari daripada tewas dengan perasaan diri sendiri. Begitu juga dengan saya, seorang hamba yang amat lemah, hanya kepada Allah Yang Maha Berkuasa saya serahkan segala usaha. Walaubagaimanapun saya perlu kuat untuk menghadapi semua dugaan ini

Dlm berbisnes..apa tujuan utama anda?
adakah semata-semata nak mendapatkan bonus 4,5 angka dan bila bonus jatuh 2 angka terus jatuh terduduk..terus berhenti seketika berbisnes ingin mencari jati diri sebenar yang entah sampai bila akan bertemu
Atau adakah anda menjadi ahli shaklee atau bisnes yang lain kerana mencari redhaNya dalam membantu sesama insan agar mereka lebih sihat, lebih bahagia, dan dapat meringankan beban ekonomi keluarga?

sindrom lemah semangat

Jika ini jawapan anda..selemah mana pun anda rasa..sekuat mana pun anda di uji..seteruk mana pun anda jatuh..anda pasti akan terus memberi dan member.Memberi dan berkongsi demi mencari redha Allah dlm hidup. hati pasti tenang walau anda rasa jatuh dan di uji dgn ujian yg sangat hebat.
Jati diri anda takkan goyah!
Dan itulah sebuah harga diri yg sebenar.

Mana satu pilihan jawapan diri anda sendiri?

Pilihan saya, saya akan terus berjuang sebagai ahli Shaklee yang kuat. Baru 2 tahun 4 bulan dalam bisnes ni, masih jauh perjalanan. InsyaAllah, perasan malas akan terus ditanam, dibuang hidup-hidup. Itu azam saya, untuk terus berjuang, kerana masih ramai yang memerlukan bantuan saya.
Saya akan terus bersama Shaklee.

Yang akan terus memberi
Rokiah Abdul Hamid

Senior Coordinator
013-7089305 Shaklee Independent Distributor
email: rokiahaizal@gmail.com
FB Page : UmmimamaBiz

Comments

  1. assalamualaikum rokiah…

    lama jugak dah join shaklee ea.. umie belm sampai 2 thn lagi..hehhee…
    bertahan dan terus akan bertahan…
    umie sapidah recently posted…Shaklee Bisnes KeluargaMy Profile

  2. saya start serius baru setahun lebih sikit. belum layak nak berputus asa… insyaAllah kita sama2 berjaya.
    Raihanah Ahmad recently posted…Cara Atasi Sembelit Pada Kanak-kanakMy Profile

  3. Sama la…masih berjuang dan terus berjuang…
    Mas Anira Tasmin recently posted…PABILA LANGIT RUNTUH, AIR MATA BERGUGURANMy Profile

  4. ANDA DI TAG

    “Kalau mereka bijak bersaham di dunia, kenapa tidak kita bijak bersaham untuk akhirat” : Kongsi satu usrah di sini supaya ramai dapat tambah perkongsian, inshaa Allah tambah lagi saham untuk akhirat.

    http://kasut-rantau.blogspot.com/2014/09/perjalanan-blog-bersama-nur-as.html

    &

    http://kasut-rantau.blogspot.com/2014/09/segmen-walking-with-usrah.html

  5. Setiap kejatuhan itu adalah nikmat yang sangat bernilai harganya.. Semoga kuatkan semangat selalu yer..hehe
    Pondok Papan recently posted…Teknik Mengambil Ukuran BajuMy Profile

  6. Jatuh banyak kelebihannya…kadang-kadang tu, jatuh selepas bangun lebih baik daripada bangun tak jatuh-jatuh..
    Hafizul recently posted…Hutanglah Kamu Dengan BerhemahMy Profile

  7. jangan beroutus asa.. teruskan pejuangan..
    InsyaALLAH…
    fazrol recently posted…Menumpang kepandaian isteri!My Profile

  8. Saya masih baru lagi dalam Shaklee ni. join bulan 5 haritu. tapi jadi pengguna dah lama jugak. awal tahun haritu. Hehehe. nak bersungguh buat shaklee ni. moga d permudahkan segala urusan. 😀

  9. lebih kurang lah kita.2 tahun lebih.Semangat pudar tu perkara biasa dalam biz.jatuh pun perkara biasa.Jatuh tak bangun2 yang bahaya.
    Aishah Ahmad recently posted…Blog yang AA sukaMy Profile

Leave a Reply to Izzafi Islami Cancel reply

*

CommentLuv badge