Ajaibnya doa

Ajaibnya doa

Doa adalah pembuka segala pintu rezeki

Setiap pagi kalau kejut nak bangun pagi., mesti aak saya NurAishah akan menangis. Dari mula bangun, mandi dan pakai baju, habis satu rumah bangun termasuk adik-adiknya. Kesian- kesian juga 5:30am dah kena bangun, tapi nak buat macammana, itulah kehidupan sebagai pelajar. Pelajar yang berumur 7 tahun. Saya percaya, ramai ibu-ibu kat luar sana mengalami situasi yang sama.

Tadi pagi, abah dia kejut Aishah, gosok-gosok belakang. dia sambil baca doa “Allahumma yassir wala tuassir,wa atmim bilkhair” 3x..Selepastu., tiba-tiba dia bangun. dengan sendiri terus mandi sendiri. Dan pakai baju sendiri. Memang Abah ummi terkejut..sebab dia tak menangis langsung dan semua buat secara sendiri

nur aishah afiqah

Allahu Akbar dan lebih mengejutkan lagi, Aishah cakap “Aishah nak ikut Abah sembahyang subuh Kat masjid” Allah…mengalir air mata Ini.. Jadikanlah Nur Aishah Afiqah anak yg solehah penyejuk hati Abah ummi Rokiah Abd Hamid.. Pagi itu juga buat kali pertama tunaikan impian dia nak sembahyang kat Masjid. Abah dia letak dia kat belakang sekali kat Masjid. Alhamdulillah

Bila ditanya lagi..kenapa Aishah senang bangun hari ni? Jawab dia…”sebab Abah dah doakan Aishah. Aishah nak abah doakan Aishah tiap-tiap hari..Aishah nak masuk syurga

Dalam diam-diam dia tidur, sebenarnyadia mendengar rupa2nya…inilah nikmat Allah… Bukan Wang ringgit atau kesihatan sahaja nikmat…banyak sangat nikmat Allah yg perlu kita syukuri dalam hidupSesuai dengan namanya Nur Aishah Afiqah yang bermakna Cahaya Sangat Pemurah dan Sangat Berpengetahuan..Moga doa semua akan menjadikan ia realiti.

Moga ada kebaikan kisah Ini dpt diamalkan rakan-rakan.

Doa Dipermudahkan Urusan

Doa Dipermudahkan Urusan

Comments

  1. assalamualaikum kak rokiah. satu perkongsian yang sangat bermakna buat saya. InsyaAllah saya akan praktikkan dalam kehidupan seharian. terima kasih kak rokiah. 🙂

  2. Moga anak-anak syurga ini meneragi kehidupan kita di dunia dan di akhirat..:-)
    Sani Sini Sana recently posted…Antara Aktiviti Menarik di Shah Alam Bulan Ini!My Profile

  3. Kena cuba doa ni juga untuk anak akak….tiap hari macam Aishah juga la dia…menangis sampai satu rumah bangun. Terima kasih untuk perkongsian ni ye sis…akan saya cuba amalkan untuk Muhammad Asyran Darish Syauqi agar menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat dan faham akan agama. In shaa allah.
    Anira Abdul recently posted…VITALEA FOR CHILDREN SHAKLEE KINI KEMBALI!My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge