Adakah Aku Menghargainya?

Adakah Aku Menghargainya?

Alhamdulillah, berkat nikmat kesihatan dan waktu terluang daripadaNYA, dapat juga saya berblog. Rasa kekok tatkala jari jemari ini menyentuh keyboard. Adakah sudah terlambat utk diri ini mula mahu menulis di kala usia meniti 30an ? Tambahan pula tiada pengalaman menulis..kata2 sinis yg datang tidak diundang itu ligat berlegar di ruang minda.

download (1)

 

Bagiku tiada yg terlambat selagi nikmat hidup kurniaan Allah ini masih dapat dikecapi untuk menjadi lebih baik drpd sebelumnya.

Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: ”Jika terjadi kiamat dan dalam tanganmu ada sebiji benih, sekiranya mampu tanamlah ia”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Bukhari).

Apabila teringatkan tujuan utamaku dalam berblog, semangatku untuk menulis menjengah kembali.

 

Ya, tujuan saya ingin berkongsi nikmat terindah ini bersama anda semua. Nikmat kesihatan anugerah Ilahi yg sering kita abaikan. Samada dari aspek kerohanian mahupun jasmani/fizikal.

 

“Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialahkesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)

 

Kesihatan yg baik memudahkan kita melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna. Malahan dapat menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi dengan mudah lagi tenang. Demikian tingginya nilai kesihatan yang mewarnai serinya kehidupan Muslim.

Akan tetapi, ada di kalangan kita yang alpa dan leka oleh kesihatan yang menyerikan hidupnya hingga tidak menghargai betapa mahalnya nilai kesihatan dalam kehidupan.

 

Seseorang itu akan mula menyedari betapa penting dan mahalnya nilai kesihatan tatkala ditimpa musibah atau penyakit. Perlu diingat, kesihatan jasmani/fizikal sangat penting dalam menentukan kualiti kerja dan amalan seharian. Menjaga kesihatan diri adalah satu ibadah yg dituntut di dalam Islam.

” Moga dengan kesihatan dan masa lapang yg Allah anugerahkan kpd kita semua, dapat kita gunakan sebaik mungkin dan menghargai pemberianNYA .”

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge