8 Tips Merangsang Penghasilan Susu Ibu

8 Tips Merangsang Penghasilan Susu Ibu

8 Tips Merangsang Penghasilan Susu Ibu

Perkara yang paling penting untuk seorang ibu adalah menyusukan bayi mereka sendiri. Tetapi, tidak semua ibu dipermudahkan untuk member susu ibu secara eksklusif dan berterusan sehingga 2 tahun. Disebalik ujian dan cabaran dalam penyusuan susu ibu, seorang ibu seharusnya bersabar dan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk bayi anda. Kat sini saya kongsikan 8 tips untuk merangsang penghasilan susu ibu.

penyusan susu ibu

Tips 1: Pembekalan vs. Permintaan

Merangsang Penghasilan Susu Ibu

Merangsang Penghasilan Susu Ibu

Pernah dengar perkataan ini kan? Atau dalam Bahasa Inggerisnya “Supply vs Demand”. Perkara yang penting adalah memastikan bayi menyusu sepenuhnya. Apabila permintaan susu ibu meningkat, maka pembekalan susu ibu juga akan meningkat. Jika sebaliknya berlaku, ia akan menyebabkan permintaan susu ibu akan berkurang. Konsep Supply vs demand ada saya terangkan secara lengkap di sini Jika bayi tidak menyusu dan payudara ‘penuh’ ibu perlu menggunakan pam susu.

Tips 2: Lakukan Penyusuan Susu Ibu dengan kerap

Pastikan penyusuan dilakukan secara kerap. Pastikan payudara perlu dikosongkan untuk merangsang penghasilan susu ibu yang optimum. Sebaik-baiknya penyusuan dilakukan setiap satu setengah jam ke dua jam di waktu siang dan tiga jam sekali  pada waktu malam

Tips 3: Sentiasa Tukar Payudara Untuk Penyusuan Susu Ibu

Pastikan anda menukar payudara tiga kali sekali atau lebih bagi setiap sesi penyusuan susu ibu. Tentukan bayi anda puas menyusu sebelum menukar ke payudara seterusnya. Jangan sesekali guna sebelah payudara sahaja.

Tips 4: Jangan Guna Botol Susu atau Puting Susu

tidak kepada botol dan puting susu

Katakan tidak kepada botol dan puting susu

Perasan tak kalau di hospital-hospital selepas bersalin? atau ketika ibu tiada di sisi bayi untuk menyusu secara terus. Misi-misi yang bertugas takkan berikan susu ibu menggunakan botol susu atau puting susu. Sebaliknya, susu ibu yang telah dipam..akan diletakkan dalam bekas kecil dan diberikan perlahan-lahan ke mulut bayi. Ini semua untuk mengelakkan bayi terangsang dengan putting botol susu dari putting payudara ibu.

Tips 5: Jangan Berikan Air dan Susu Formula Kepada Bayi Anda

tidak kepada susu formula

Katakan tidak kepada susu formula

Awas. Jangan berikan air atau susu formula kepada bayi anda. Kesannya, sesi penyusuan susu ibu anda mungkin akan berakhir. Asal baby nangis aje, terus nak bagi susu formula..asal nangis je terus nak bagi susu formula..lambat laun..penghasilan susu ibu akan berkurangan..dan susu ibu semakin lama semakin sedikit dan akan kering..Akibatnya…tak sampai pun 2 tahun ..hanya beberapa bulan..sessi penyusuan susu ibu eksklusif cepat berakhir

Tips 6: Berikan Vitamin atau makanan tambahan bagi menggalakkan penghasilan susu ibu.

Set 3M set penyusuan lengkap

Set 3M set penyusuan susu ibu lengkap

Di pasaran sekarang pelbagai vitamin atau makanan tambahan yang terbukti mampu membantu untuk merangsang penghasilan susu ibu. Google aje dan pasti akan ada banyak testimoni Berjaya dalam penyusuan. Saya sendiri pernah menghadapi masalah susu badan yang merosot. Sehinggalah bertemu dengan set penyusuan Shaklee. Kisah saya, ada saya kongsikan di sini.  Tapi awas! Vitamin sahaja belum tentu cukup untuk merangsang atau meningkatkan penyusuan susu ibu. Konsep asas supply vs demand harus di amalkan

Tips 7: Lakukan Power Pumping

Amatlah penting untuk mengepam payudara bagi menghasilkan susu ibu yang banyak. Amatlah digalakkan menggunakan teknik power pumping. Saya ada kongsikan bagaimana ingin melakukan teknik power pumping di sini. Selain itu langkah-langkah persediaan sebelum mengepam susu di sini.

Tips 8: Berehatlah secukupnya

berehat dan tidur secukupnya

berehat dan tidur secukupnya

Badan yang cergas dan sihat mampu merangsang penghasilan susu ibu. Ada peluang untuk rehat, berehatlah terutama ketika bayi sedang tidur. Pengambilan vitamin tambahan amat digalakkan untuk memperolehi tubuh badan yang cergas dan sihat.

Kesimpulan Tips Merangsang Penyusuan Susu Ibu

Untuk Berjaya dalam penyusuan susu ibu secara eksklusif sehingga dua tahun.. nampaknya tiada jalan pintas dan tiada jalan mudah.. sentiasa ada cabaran dan dugaan. Yang penting ibu perlu tabah dan sabar dan sentiasa ada ‘ilmu’ dalam penyusuan. Saya doakan semua ibu-ibu Berjaya menyusukan bayi anda sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun

sid320 Cara makan Omega Guard Shaklee untuk anak

Rokiah Abdul Hamid
Konsultan Penyusuan Susu Ibu
013-7089305 Shaklee Independent Distributor
email: rokiahaizal@gmail.com
FB Page : UmmimamaBiz

Comments

  1. bestnya info ni. thanks ummimamabiz
    Raihanah Ahmad recently posted…Pendekkan URL Dengan Lynk.myMy Profile

  2. Betol. Vitamin je tak menjamin kita banyak susu. Tapi makan vitamin dapat lengkapkan nutrisi badan ibu. Jadi lebih mudah susu keluar dengan lancar. So, nak bagi lancar kuar lagi…kita kena keluarkan susu tu lah. Dengan cara direct feeding atau pam susu?
    Ira recently posted…Tips Memilih Pam Susu Yang BerbaloiMy Profile

    • Thats the point..kandungan nutrisi harian pada badan melalui pemakanan biasa tak lengkap…pengambila vitamin adalah alternatif untuk melengkapkan keperluan nutrisi badan dan seterusnya membantu menambah pengeluaran susu ibu

  3. good info ummimamabiz. penyusuan bayi mesti lengkap dengan ilmu barulah tak rasa susah =)
    Nana Aris recently posted…… tambah simpanan anda sebanyak RM1400 dengan 52 weeks challenge …My Profile

  4. masih berjuang menjayakan penyusuan sepenuhnya untuk hana…terima kasih kerana share info ni ye kak..
    huda recently posted…BR1M 2016: Kemas Kini Maklumat dan Permohonan SemulaMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge