8 Peranan Suami Ketika Isteri Hamil Yang Ramai Suami Tak Tahu

8 Peranan Suami Ketika Isteri Hamil Yang Ramai Suami Tak Tahu

Sebut pasal hamil atau mengandung, selain isteri yang excited.. Si suami lagila super excited. Apa entah lagi kalau kelahiran yang pertama. Tapi kadar keterujaan si suami akan berkurangan bila masuk anak seterusnya. Tak percaya, cubalah sendiriJ.. Kat sini, saya nak kongsikan 8 peranan suami yang wajib suami lakukan ketika isteri sedang hamil. Ia berdasarkan pembacaan dan pengalaman sendiri. Moga perkongsian ini membuka mata si suami agar lebih prihatin terhadap yang tersayang.

ibu hamil Shaklee

Peranan Suami 1: Jangan menonton TV terlalu lama

Orang lelaki ni, kalau di rumah seolah-olah raja. Katanya penat bekerja, jadi masa berehat hanya di depan TV,walhal isteri tu pun bekerja juga..dahla hamil bawa budak. Kalau siaran TV ada perlawanan bola Liga Perdana lah..EPL la..memang diorang ni kerja duduk depan TV je..ada lagi tu..sanggup duduk mamak malam-malam dengan kawan-kawan nak tonton bola..Ingat-ingatla bang oii.. awak tu nak jadi bapa.. tengok-tengokla kami ni yang ada pembawakan.

Peranan Suami menonton TV aje

janganlah suami ayik menonton Tv Aje

Peranan Suami 2: Jangan Pulang Lewat Malam

Bab tonton bola lewat malam kat mamak tu satu hal.. Ini selalu pula kerap balik kerja lewat malam..kalau kadang-kadang tak mengapalah.. Janganlah biarkan isteri hamil ni duduk rumah sorang-sorang. Takutla kena kacau malam-malam… Ibu hamil ni kalau duduk sorang-sorang kat rumah…macam-macam fikirnya.. Kalau dah sarat mengandung nak bersalin…Please la… tolong jangan biarkan kami sorang2…

janganlah Lewat malam baru nak balik

janganlah Lewat malam baru nak balik

Peranan Suami 3: Sila uruskan urusan rumah tangga

Encik abang oiii..tolongla jangan malas… janganlah biarkan isteri buat kerja rumah sorang2… tolonglah bantu isteri yang sedang hamil ini. Janganlah biarkan isteri terbongkok-bongkok bersihkan toilet satu persatu…cuci lubang jamban..sental lantai… bersihkan rumah.. Kata sayangkan isteri kan?kan? kesianlah kami yang sedang ada pembawakan ni.

Takkan isteri aje yang uruskan rumahtangga

Takkan isteri aje yang uruskan rumahtangga

Peranan Suami 4: Berikanlah nutrisi, makanan yang terbaik

Bab pemakanan ni..seharusnya suami beri perhatian lebih kepada isteri hamil. Ye lah..nak isteri sihat..nak isteri cantik..nak bayi sihat…nak bayi cerdik. Ini tak.. semua isteri yang cari sendiri.. Banyak sekarang kat luar tu vitamin atau nutrisi yang membantu ibu hamil. Salah satunya adalah Set Ibu Hamil atau Set Mengandung Shaklee.. bayangkanlah..dah la si ibu hamil ni lemah..kurang bertenaga, tapi bila minta suami belikan..kena reject sebab kata takde bajetla… tak pentinglah..walhal tak cuba lagi..Dah la si isteri hamil tu sendiri yang buat penyelidikan sendiri..siap google cari “Shaklee Skudai”..tup tup suami reject..Tolongla cik abang oii…kami ni pun nak sihat..nak bertenaga…nak cantik juga..taknak lepas bersalin terus layu supaya cik abang cari lain??… Tolonglah take care of me…Abang kata..abang cintakan?

Vitamin Terbaik Ibu Hamil

Vitamin Terbaik Ibu Hamil

Peranan Suami 5: Jangan Bawa Kereta Laju-laju

Encik abang oiii.. Abang buka bawa seorang aje..ni ada budak dalam perut..tolongla bawa perlahan perlahan sikit.. Nak kejar apa tu? Ini tidak..jalan yang berbatu-batu tu pun main redah… karang terus bersalin dalam kereta siapa nak jawab??teringat saya masa nak bersalin anak ketiga..masatu tengah hamil 8 bulan so suami nak hantar balik kampung dari Skudai ke Alor Setar.. Saya tak pasti suami bawa laju ke tidak…tapi masa tiba di Klang (singgah rumah mertua), habis tempat duduk basah dengan darah..punyalah terkejut..terus paksa suami cari Hospital tengah-tengah malam..Alhamdulillah..dalam 5 hari kemudian bersalin dengan normal…huh..nasib baik tak terberanak dalam kereta.

Isteri hamil Suami jangan Bawa Kereta Laju

Isteri hamil Suami jangan Bawa Kereta Laju

Peranan Suami 6: Jangan Menyentuh Hal-hal Sensitif Wanita

Tolonglah cik abang… Isteri ni sensitif sangat-sangat ketika Hamil..dahlah badan sakit-sakit..lemah-lemah..tenaga pun kurang.. jangan lah sebut pasal berat badan la…isteri gemukla.. isteri malaslah.. please la..kang tak pasal-pasal suami tidur luar. Kami ni jadi macamni disebabkan si suami la kan? Habis tubuh badan yang slim melim jadi besar sebab si suami..jadi kenapa nak cakap macamtu?

sayangi isteri walau gemuk

sayangi isteri walau gemuk

Peranan Suami 7: Berilah Perhatian yang Lebih Pada Isteri

Si suami haruslah memberi perhatian yang lebih kepada isteri. Janganlah jalan kat pasaraya tinggal kami kat belakang dengan bawa anak 2,3 orang siap dengan bawa budak dalam perut..huh..si suami dah 100 meter kat depan..Please..Tolong prihatin kepada isteri hamil. Sentiasalah bertanya khabar ye..terutama bila outstation..dan yang penting..tolong jaga kami baik-baik. Sebab ayah dah bagi amanah kepada suami untuk jaga isteri ini.

sayangi wanitayang hamil ini

sayangi wanita yang hamil ini

Perana Suami 8: Jangan Asyik Tidur Aje

Cuti Hujung Minggu je si suami ni asyik nak tidur aje.. Takkan suami aje yang penat bekerja isnin sampai Jumaat..Si isteri tak kerja ke? Tak penat ke? Asyik-asyik tidur..peas Subuh tidur… petang je tidur…malam dah sah-sahla tidur. Sampai anak-anak boleh sebut “abah ni asyik-asyik tidur… boleh jadi Idola tidur”.. Pernah makcik saya cakap,”patutlah orang perempuan ni umur panjang..sebab orang lelaki ni asyik tidur..orang perempuan aje yang buat kerja”..Tolonglah si suami..bantulah isteri anda terutama yang sedang hamil…

suami jangan asyik tidur je

suami jangan asyik tidur je

Kesimpulan Peranan Suami Pada Isteri Hamil

Berilah perhatian kepada isteri anda,mahupun hamil atau tidak hamil lagi. 7 Peranan ni merupakan realiti kehidupan seharian pasangan berkeluarga. Niat saya bukan untuk menghentam si suami, Cuma berkongsi sebagai peringatan untuk si suami menghargai si isteri. Realitinya, ramai suami dah tahu peranan ini, tapi masih buat-buat tak tahu Mana yang baik silalah ambil..mana yang kurang adalah kelemahan saya sendiri dan mohon maafkan

P/s: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, Silalah SHARE dengan Suami anda

Rokiah – 19/12/15

Comments

  1. banyak peranan suami sebenarnya
    Raihanah Ahmad recently posted…Pendekkan URL Dengan Lynk.myMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge