7 Tips Persediaan Perjalanan ke Korea Selatan

7 Tips Persediaan Perjalanan ke Korea Selatan

7 Tips Persediaan Perjalanan ke Korea Selatan

Alhamdulillah, bukan main happy bila dapat berita suami akan outstation keluar negara…bolehla menumpang sekaki. Apa entah lagi ke Korea Selatan…memang tak pernah pergi lagi,selalu tengok cerita-cerita Korea je..ni dah ada peluang. Alhamdulillah dah pergi pun ke Korea Selatan pada 23-28 Julai 2017 yang lalu. Best..memang best, ke bestan nya mengalahkan kepenatan kaki yang berjalan…Insyaallah, ummi akan kongsikan suasana di sana dalam blog ini. Tapi sebelum ke sana, kenalah ada persediaan. Kat sini ummi kongsikan persedian sebelum berangkat ke Korea Selatan.

6 Tips persediaan perjalanan ke korea selatan

  1. Passport

Buku merah a.k.a passport nil ah paling penting tau kalau nak berjalan ke Korea Selatan ataupun luar negara. Pastikan tempoh expired sebelum pergi atleast 6 bulan sebelum berlepas. Macam ummi, since nak pergi dengan suami dan baby Ammar, jadi ummi kenalah buat passport baru untuk Ammar. Nak buat tak susah, pergi aje lah kat mana-mana pejabat imigresen berdekatan anda. Harga nak buat atau nak renewal boleh rujuk website imigresen.

Passport malaysia ke Korea selatan

  1. Tiket Kapal Terbang

Part yang ini memang paling penting. Bila dah confirm je tarikh, terus cepat-cepatla beli tiket kapal terbang. Kata orang, lagi cepat beli ..lagi dapat murah. So bergegaslah cari. Mula-mula cari dekat website cheapfligths.com.my dan ada juga cari kat expedia… macam2 lagi..harga agak murah dalam RM1200++ camtu ummi pergi balik dengan baby… Tapi at the end, beli aje la dekat website rasmi airasia dalam RM1600. Sebab apa? Sebab yang dekat website-website tu harganya tak termasuk Bagasi, tak masuk makan ( mahu taknya, 6 jam dalam flight memangla lapar) dan tak masuk booking seat (since nak duduk dekat sebelah suami). Atas factor-faktor tu, takpelah,beli je la dekat website rasmi airasia… Selain airasia, boleh juga tengok2 MAS..kot2 dapat tiket yang murah.

AirAsia ke Korea selatan

  1. Penginapan

Bila dah dapat tarikh, penginapan juga amat penting. Since kami bukan backpackers, memang cari hotel la..sebab ada dengan baby. Oh ye,masa ni kami plan bertiga aje..lagi 3 orang minta mak abah suami tengok-tengokkan. Hotel-hotel kat sini memang mahal-mahal,harga memang potong kepala. Since tempat outstation suami adalah di Incheon, Korea Selatan, maka kami decide menginap di Incheon aje la… Kami cari hotel dekat booking.com. Bolehlah, hotel semalam dengan harga dalam RM300 (termasuk breakfast). Takde high class sangat hotel ni, hotel biasa-biasa macam kat Malaysia. Janji boleh duduk dan berehat. Kami tinggal di Incheon Ramada Songdo Hotel.

booking.com

  1. Duit

Kalau takde duit, memang tak berjalanlah. Alhamdulillah, hasil sebagai Shaklee Independet Distributor di Skudai, Johor Bahru ni bolehlah menyimpan sikit-sikit. Apa entah lagi kadar pertukaran RM ke Korea WON hamper 3.8 kali ganda. Maknanya, duit mereka hamper 4 kali ganda!!! So taraf hidup kat Korea ni sangat-sangat tinggi. Since semua hotel dan tiket dah beli. Kami bawalah bekalan dalam 600,000 WON Korea (lebih kurang RM2200) untuk naik teksi ke,makan ke,beli belah kami sekeluarga..

1000 won korea selatan

1000 Won bersamaan RM3.81 ..hampir 4 kali ganda duit Malaysia!

  1. Keluarga

Since bilangan ahli keluarga kami ni ramai, jadi hanya dapat bawa baby aje la yang ikut (itupun nasib baik flight ticket free), yang menjadi mangsa anak kami yang lagi 3 orang. Alhamdulillah, ada juga mak mertua di kampung yang dapat membantu menjaga mereka. Hal sekolah, kami dah bagitahu Cikgu kelas, terpaksa pontengkan mereka kerana kami ke Korea Selatan.Sediakan juga bekalan secukupnya untuk anak-anak ye

  1. Rancang Perjalanan

Sebenarnya part nil ah antara paling penting. Takkan nak wasted time bila sampai Korea Selatan kan?

Kena plan dari mula-mula sampai sampailah nak balik. Walaupun perjalanan kami pendek (hanya beberapa hari,jadi kenalah manfaatkan sepenuhnya). Tiga benda penting yang selalu berlegar pastilah destinasi di Korea Selatan yang nak dituju, kenderaan yang nak dinaiki dan makanan halal yang dicari. Meh ummi SHARE perkara-perkara berikut:

  1. Destinasi dituju
  • Sebelum nak pergi tempat-tempat menarik, for sure kenalah buat homework. Habis semua blog-blog menjadi bahan bacaan dan youtube yang ditonton. Tempat yang kami tuju adalah di Incheon, iaitu dekat dengan Lapangan terbang antarabangsa Incheon, Korea Selatan. Perjalanan hamper 2 jam ke Bandar Seoul dari Incheon. Ingatkan dapatlah pergi Jeju island, rupa2nya jauh giler. Jadi kami decide hanya melawat Pulau Nami (Best sangat-sangat tempat ni, tempat lakonan Filem Winter Sonata), Bandar Seoul ( Gyeongbokchung palace, Seoul Tower, Namdaemun Market, Ittaewon dan sekitar Incheon.
        2.Kenderaan
  • Ada beberapa option untuk ke Incheon mahupun ke Bandar Seoul Korea Selatan. Sesampainya kami dekat Incheon International Airport, kami decide naik teksi ajelah. Ada macam-macam teksi..ada yang murah..dan ada teksi Jumbo (mahal). Since dah penat dalam flight (duduk 6 jam), naik teksi dari airport ke hotel menggunakan teksi meter hanya dalam 33000 WON (dalam RM124!!!) lebih kurang 50minit perjalanan. Nak Option murah ada je..Boleh lah naik perkhidmatan keretapi bawah tanah mereka. Jimat berbaloi-baloi. Tapi penatlah nak kena berdiri ..
Jenis-jenis teksi di Korea Selatan

Jenis-jenis teksi di Korea Selatan

  • Untuk memudahkan perjalanan naik train. Dicadangkan download aplikasi Korean Subways. Senang nak jalan mana-mana. Macam ummi, suami dah beli siap-siap T-card. Ini macam kad top up Touch N Go di Malaysia.Beli aje di SevenEleven kat sana dan top up terus. Masa ni kami beli 1 kad dalam 2500 WON dan top up 20,000 WON setiap satu kad. Dengan adanya kad ni, senang je..boleh naik train dan bas terus di Bandar Incheon dan Seoul nanti.
K subway apps Korea Selatan

K subway apps Korea Selatan

t money card korea selatan

t money card korea selatan

          3.Makanan
  • Bab makanan ni memang leceh. Yelah, kita nak cari makanan halal bukan mudah. Jadi kami memang dah bawa bekal backup siap-siap seperti Maggi,roti,biskut, sardin dll. Sardin ni kami makan dengan nasi. Nasi tu beli aje kat SevenEleven (minta diorang panaskan). Bolehlah nak hidup. Masa kat Malaysia,cari juga Brahim punya produk..tapi kat johor ni tak jumpa plak.
nasi putih instant di Korea selatan

Nasi putih instant di Korea selatan

  • Setahu kami, tempat makanan halal di Korea Selatan hanya ada banyak sangat di Seoul iaitu di Ittaewon. Sebab kat sinilah ada masjid besar Seoul. Melambak kedai makanan halal di situ. Sepanjang jalan-jalan kat Incheon pun, kami jumpa 2 kedai makanan halal. Itu pun secara kebetulan sebab ternampak signboard ‘halal’ di restoran mereka. Satu restoran di Incheon, Korea Selatan yang kami makan adalah bernama “Manokamana” dekat dengan Pusat Konvensyen Songdo,Incheon. Dapatlah merasa nasi Beriyani hehehe
Manokamana halal restaurant incheon korea selatan

Manokamana halal restaurant incheon korea selatan

  1. Perhubungan Internet

Zaman sekarangni kalau takde internet,macam hidup tak lengkap. Di Korea Selatan ni ada je internet percuma seperti di Airport Incheon, subways mahupun di hotel-hotel penginapan. Tapi still tak mencukupi apabila nak memulakan perjalanan ke destinasi. Nak pakai google map,kalau takde internet mana nak function kan?

Alhamdulillah, di Malaysia ummi guna U-mobile dan secara kebetulan Umobile menyediakan package roaming internet free di sana. Ye Free!!! Yeah, so save cost nak subscribe internet. Kalau tak,bolehlah aktifkan Maxis ke Celcom ke..tapi sure mahalkan??? Sebagai alternatif,boleh juga subscribe internet box di airport. So bila ON kan..boleh 3,4 orang pakai bila-bila masa.

  1. Vitamin dan Ubat-ubatan

Part yang ni memang selalu kaum-kaum ibu yang ambil tahu kan? Sakit kepala ke demam ke…semestinya perlu ada di bawa sepanjang masa. Tapi bagi ummi, ummi utamakan vitamin untuk kesihatan. Tak kiralah nak pergi umrah ke, nak pergi ke Guangzhou ke, Krabi ke…hatta berjalan-jalan kat Malaysia sekalipun..ummi pastikan vitamin-vitamin Shaklee tak tinggal. Bukan sebab ummi pengedar Shaklee, tapi ummi tahu..nak berjalan jauh ni kena banyak tenaga, terdedah pelbagai persekitaran yang bahaya dan macam-macam lagi. Gambar-gambar kat bawah nilah ummi bawa.

Rokiah Abdul Hamid Shaklee Skudai Johor Bahru di Korea Selatan

Vitamin-vitamin Shaklee ni yang ummi bawa,bersama ringkasan kenapa ummi consume semua ni:

  1. Nutriferon – perlindungan antibodi. Nak elakkan demam,batuk,selsema..memang wajib bawa ni
  2. B complex, Vitalea- Ini tak lain tak bukan untuk tenaga. Dahlah kena berjalan jauh,wajib sangat bawa ni
  3. Vitamin C, Garlic- Ini pun untuk kesihatan dan perlindungan antibody.
  4. Ostematrix, Omega – Berjalan jauh,banyak berdiri,banyak pakai tenaga. Jadi perlukan tulang,otot dan urat saraf yang kuat. Ambil ni,sebelum tidur memang best..lena je tidur. Badan akan segar bugar untuk trips seterusnya

Oklah…ini 7 tips persediaan perjalanan ke Korea Selatan yang ummi dapat kongsikan. Alhamdulillah, berjaya juga menaip panjang. Lepas ni nak kongsikan pulak keseronokan semasa berada di sana pulak. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Manalah tahu, ummi doakan pembaca pula dapat pergi ke Korea Selatan suatu hari nanti.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge