5 Tanda-tanda Bayi Anda Memperolehi Susu Ibu Yang Cukup

5 Tanda-tanda Bayi Anda Memperolehi Susu Ibu Yang Cukup

Cukupkah Susu Ibu Ini Wahai Bayi Comelku?

Kerap menjadi persoalan dan kerisauan buat ibu-ibu sama ada ibu baru atau lama, kenyangkah bayi aku ini? Cukupkah susu ibu yang diminumnya? Apa tanda-tanda yang bayi terima cukup susu ibu? Bagi ibu lama yang berpengalaman, mungkin kurang kadar kerisauannya..tetapi bagi yang kali pertama menjadi ibu, sudah tentu persoalan-persoalan ini perlukan penyelesaian. Dengan objektif utama untuk berjaya dengan penyusuan, di sini saya kongsikan tanda-tanda bayi anda memperolehi susu ibu yang cukup

Tanda 1: Hisapan Bayi Yang Cukup Susu Ibu

Kita boleh melihat dan mendengar bayi menelan susu badan kita. Jika terlihat bayi berhenti sebentar, selepas setiap hisapan dan proses ini berulang selepas beberapa minit, Ini bermaksud yang bayi anda telah mendapat susu ibu yang cukup.

Hisapan Bayi Cukup Susu Ibu

                 Hisapan Bayi Cukup Susu Ibu

Tanda 2: Kerap Tukar Lampin Basah Akibat Minum Banyak Susu Ibu

Di hari-hari awal bayi lahir, mungkin kadar penukaran lampin adalah 2-3 kali sehari dan ia harus meningkat 5-6 kali untuk bayi di bawah 6 minggu. Keperluan menukar lampin basah juga meningkat kepada 7-8 kali setiap hari untuk bayi yang terima cukup susu ibu. Air kencing bayi sepatutnya tidak berbau busuk dan tidak berwarna gelap.

Kerap Tukar Lampin bayi Cukup Susu Ibu

               Kerap Tukar Lampin bayi

Tanda 3: Kaji Najis Bayi Yang Cukup Susu Ibu

Nampak macam pelik aje..najis pun nak kaji-kaji? Ya ..pelik tapi benar…memang sangat-sangat perlu untuk ibu sentiasa perhatikan warna najis bayi anda. Sebab melalui najis, kita boleh tahu kadar kesihatan anak kita… Jika bahaya boleh siap-siap bawa jumpa pakar perubatan.

Biasanya, dalam beberapa hari awal, najis bayi berwarna hijau dan melekit. Ia akan berubah menjadi lebih cerah dan  kekuningan bila masuk hari ketiga. Perlahan-lahan juga warna najis akan berubah menjadi kuning gelap. Bayi yang berumur kurang dari 8 minggu biasanya akan membuang najis diantara 2-5 kali dalam tempoh 24 jam.

Awas!! Jika bayi anda tidak membuang najis secara kerap dan banyak, tetapi warna najis adalah hijau dan berair, ini menunjukkan yang bayi anda mengalami masalah ketidakseimbangan susu awalan-akhiran atau “sindrom lebihan bekalan”

Apa itu ketidakseimbangan susu awalan-akhiran??? Mesti kali pertama dengar kan? Ia terjadi apabila Ibu terlalu cepat menukar payudara (kiri ke kanan, atau kanan ke kiri) ketika menyusukan bayi. Maka, bayi hanya menerima susu ibu yang keluar awal dari setiap payudara (Susu ibu yang sepatutnya keluar dari payudara, masih tersimpan dalam payudara). Sebagai penyelesaian, pastikan bayi menyusu sehingga payudara sebelah benar-benar lembut sebelum menukarkannya ke sebelah satu lagi.  Susah ke? Tak susahkan… penyusuan susu ibu memerlukan sokongan dan ilmu untuk berjaya sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun

Najis Bayi Menandakan Bayi Cukup Susu Ibu dan Sihat

Najis Bayi Menandakan Bayi Cukup Susu Ibu dan Sihat

Tanda 4: Bayi Anda Menambah Berat Badan

Sentiasa perhatikan perkembangan berat anak anda. Bayi akan menambah berat badan diantara 120 ke 1200 gram dalam masa 1 minggu. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada keadaan bayi

Timbang Berat Bayi Susu Ibu

Timbang Berat Bayi Susu Ibu

Tanda 5: bayi Yang Cukup Susu Badan Mempunyai Wajah Sihat Berseri dan Tidur Dengan Lena

Jika bayi memperolehi susu badan yang cukup, kulit mereka pasti Nampak sihat dan otot dah mula berisi.Bayi yang sihat dan cerdas akan Nampak sihat dan warna kulit berseri-seri. Mereka juga akan mudah tidur dengan lebih lena.

Bayi Susu Ibu Mempunyai Wajah yang Sihat

Bayi Susu Ibu Mempunyai Wajah yang Sihat

Kesimpulan Tanda-tanda bayi Cukup Susu Ibu

Sebagai kesimpulannya… penyusuan susu ibu memerlukan usaha yang berterusan di samping ilmu yang mencukupi dalam bekalan untuk berjaya sehingga 2 tahun. Cabaran dalam penyusuan susu ibu ni sentiasa ada, yang penting ibu-ibu sentiasa kuat dan tidak berputus asa untuk berjaya. Sebagai alternative, Shaklee ada mengeluarkan set vitamin untuk penyusuan. Yang terbukti membantu ramai ibu-ibu berjaya dalam penyusuan termasuk saya sendiri. Kisah saya sendiri yang hampir putus asa dalam penyusuan dan akhirnya berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun ada saya kongsikan di sini semoga menjadi pembakar semangat untuk berjaya dalam penyusuan. Akhir kata, saya doakan semua ibu-ibu berjaya dengan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun.

Hubungi:

sid320 Cara makan Omega Guard Shaklee untuk anak

Rokiah Abdul Hamid
Senior Coordinator (ID: 867860)
013-7089305 Shaklee Independent Distributor
email: rokiahaizal@gmail.com
FB Page : UmmimamaBiz
cara order shaklee

 

Comments

  1. bagus info ni thanks ya rokiah
    Raihanah Ahmad recently posted…Cara Kerja Lebih Daripada SatuMy Profile

  2. tempoh terbaik untuk memberi susu ibu sehingga bayi berumur 2 tahun
    mrhanafi recently posted…Ashadee.com Tutup Pasti Ada HikmahnyaMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge