5 Panduan Cara Meneran Untuk Bersalin Yang Betul

5 Panduan Cara Meneran Untuk Bersalin Yang Betul

Meneran? Ada cara yang betul dan ada yang tak betul..semuanya bagi memastikan bayi selamat dilahirkan dan kurangnya koyakan perineum atau digunting. Peristiwa hidup atau mati ini pasti peristiwa yang ditunggu oleh ramai ibu, walaubagiamanapun proses ini tidaklah seseram yang digambarkan jika proses meneran dilakukan dengan betul

  1. Kawal Pernafasan Untuk Meneran

Apabila kontraksi berlaku, kita seharusnya pandai mengawal keadaan..ia tidak mudah tetapi ia harus dilakukan! Ia boleh dilakukan dengan menarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan lepaskan perlahan-lahan melalui mulut. Ulangi proses ini setiap kontraksi berlaku. Jika kontraksi makin cepat, cuba tarik nafas laju-laju dan hembus melalui mulut juga!

tips meneran untuk bersalin

  1. Jangan menangis!

Menangis ketika proses meneran adalah perkara yang paling bodoh… tak perlu takut..cuba kuatkan semangat kerana menagis akan melemahkan emosi kita dan ia juga akan menambah kesulitan kepada bayi apabila stress ibu meningkat… Ingatlah ibu-ibu..bakal anak yang lahir ini bakal menjadi pemimpin atau khalifah di muka bumi..yang akan membawa agama dan saham kita kelak insyaAllah.. Ujian sebagai seorang ibu baru sahaja bermula…Allah takkan beri ujian jika kita tidak mampu lakukan.

  1. Jangan Menjerit

Sama juga seperti menangis..menjerit juga merupakan perkara yang sia-sia… Kononnya menjerit ketika meneran dapat menambah kekuatan.. tapi sebenarnya tidak!  Ia akan melemahkan kita lagi… kerana ketika menjerit, banyak tenaga digunakan dan membuatkan kita semakin lemah…sebaik-baiknya proses meneran dilakukan dengan betul adalah tanpa menjerit atau tanpa bersuara. Cubalah!.

  1. Jangan angkat punggung ketika meneran

Apabila kontraksi berlaku ketika bersalin… kesakitan yang dirasai membuatkan kita hilang kawalan.. tanpa kita sedar kita mengangkat punggung kita ke atas bagi tujuan mengurangkan kesakitan.. Cara ini adalah salah! Ia boleh menyebabkan berlaku koyakan besar pada kawasan perinium. Nak tak nak..cubalah kawal diri (Tak semudah tu) untuk tidak mengangkat punggung

  1. Jangan pejam mata ketika meneran

Awas! Jangan sesekali pejam mata ketika meneran..Kononnya untuk memberi extra tenaga ketika pejam mata..tetapi anda salah! Proses ini boleh menyebabkan pembuluh mata akan pecah. Jadi, jangan sesekali pejam mata ketika meneran..cubalah buka mata ye ibu-ibu

keadaan bayi ketika meneran

            Keadaan bayi ketika meneran

Kesemua cara-cara yang betul di atas untuk meneran tidak mudah untuk dilakukan, walaubagaimanapun melalui ilmu dan pembacaan..InsyaAllah seorang ibu boleh lakukan dengan betul. Meh kita tengok langkah-langkah atau step by step untuk meneran dengan betul seperti di bawah.

Langkah-langkah meneran dengan betul

Langkah 1: Sila angkat kepala pada kedudukan dagu mencecah dada.

Langkah 2: Sila pastikan mata anda pandang perut. Sila pastikan tak pejam mata ye

Langkah 3: Pastikan kedua-dua belah tangan anda memegang kaki..iaitu bahagian kaki yang hamper dengan buku lali.

Langkah 4: Pastikan apabila meneran, lakukan proses tanpa menjerit atau tanpa bersuara.

Langkah 5: Seterusnya, cuba tarik nafas sedalam yang boleh dan lakukan proses meneran seperti ingin buang air besar yang teruk, jangan hembus nafas, teran sekuat yang terdaya selama yang boleh.

Langkah 6: Usahakanlah untuk membaca bismilah, selawat dan Doa (LA ILAHA ILLA ANTA. SUBHANAKA, INNI KUNTU MINAZZHALIMIN) bagi yang beragama islam.

Doa Nabi Yunus ketika meneran nak bersalin

Doa Nabi Yunus Bagu Diamalkan ketika meneran nak bersalin

Langkah 7: Jika ada suami di sisi lagi baik, kerana ia secara langsung memberi semangat dan tenaga tambahan kepada isteri dalam proses bersalin. Jika tiada, tidak mengapa..just lakukan tips-tips yang diberi

suami bersama ketika meneran nak bersalin

Akhir kata, selamat melalui proses meneran dan bersalin yang menyeronokkan. Lebih seronok apabila melihat cahaya mata yang lahir dari rahim kita sendiri. Moga Allah permudahkan segalanya. Untuk tambahan, digalakkan juga untuk mengamalkan supplemen tambahan seperti set ibu hamil dan set berpantang shaklee banyak membantu dalam memudahkan untuk bersalin dan menyembuh luka selepas bersalin

bayi selepas meneran bersalin

sid320 Cara makan Omega Guard Shaklee untuk anak

Rokiah Abdul Hamid
Senior Coordinator
013-7089305 Shaklee Independent Distributor
email: rokiahaizal@gmail.com
FB Page : UmmimamaBiz

COD: Skudai, Johor Bahru, Pekan Nenas, UTM,Kulai dan Sekitar
cara order shaklee

Comments

  1. Saya ingat lagi tutup mata masa meneran tu, tapi nurse tak da pula cakap apa-apa…hihi

    Mungkin nurse pun sibuk tengok saya meneran kot
    Noriza Rahman recently posted…Sumber Alternatif Pengambilan Steroid Untuk Pesakit SLEMy Profile

  2. teringat pengalaman melahirkan anak2 dulu, gunakan teknik ini jugalah. insyaAllah
    Raihanah Ahmad recently posted…Keberkesanan Resveratrol dan Kajian Klinikal ke atas VivixMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge